Tuesday 28 May 2013

Terkini : Shah Jazle Dakwa Diperangkap Khalwat

Hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, pelakon Shahrizal Jaszle (Shahz Jaszle) , 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap kepada dirinya. 

Dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan serbuan. “Saya tak boleh komen panjang mengenai isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian tersebut. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti,” tegasnya lagi. Beritahunya lagi, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi yang sebenar apa yang telah terjadi.

Pelakon drama Cinta Qaseh ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat sebarang keputusan. Begitu juga dengan tunangnya yang cukup memahami dan tidak melatah setelah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut. 

“Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan daripada saya. Tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka” katanta lagi. “Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya,” ujar Shahz Jaszle yang turut berkata kejadian itu merupakan satu pengajaran besar dan dia akan lebih berhati-hati selepas kejadian tersebut. Sungguh tidak disangka, ada juga manusia yang begitu kejam dan sanggup melakukan perangkap tersebut. Namun tiadak diketahui lagi kesahihan berita ini. 

Terkini : Nealofa Dakwa Dipelawa Untuk Bersekududukan Dengan Tan Sri XXXXX

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri. Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang.

Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit. Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya. Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.

Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak. Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya.

Cara Mengenali Cikaro Korea dan Jepun

Memang sukar nak membuat pilihan antara kedua-duanya, sebab kalau kecantikan yang dijadikan ukuran; kedua-duanya sangat cantik dan sedap mata memandang. Ramai yang mengidamkan untuk memiliki kekasih ibarat Masami Nagasawa, Toda Erika, Kyoko Fukada, Maki Horikita, Ayase Haruka, Goo Hye Sun, Go Younha, Choi Ji Woo, Kim Hye Sun, Song Hye Gyo dan ramai lagi.

WANITA JEPUN
Wanita Jepun secara umumnya memiliki keperibadian yang sopan-santun, lemah-lembut, menarik dan lebih menghormati pandangan orang lain. Bagi mereka perkataan ‘Tidak’ sangat janggal serta ketika menolak sesuatu pelawaan dengan “eemmm… Dari pengertian orang-orang lama, itu merupakan tanda penolakan yang cukup sopan dan kita semua harus mengerti maksud mereka.

Mereka juga sangat mudah bersifat ramah dengan sesiapa pun hatta mereka tidak mengenali anda sebelumnya. Dari segi kecantikan, biasanya wanita Jepun disebut cantik jika memiliki kulit putih bersih serta sihat, tidak ada tanda hitam di wajah, dan berambut lurus. Mereka juga sangat berdisiplin dari aspek menjaga wajah agar tetap cantik.

Dari segi perhubungan, mereka tidak terlalu memilih-milih pasangan seperti kebanyakan wanita Korea. Majoriti yang sudah berkahwin lebih cenderung memfokuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
WANITA KOREA
Wanita Korea secara umumnya cerdas, kelakar, dan berdikari tetapi hasil dari tinjauan Yahoo Answer dan forum-forum yang lainnya, ramai yang berpendapat mereka ini galak, kasar, memilih-milih teman, mereka juga tidak mudah rapat dengan orang lain kecuali dengan orang-orang Korea sendiri. mereka lebih Racist terhadap orang-orang luar.

Dari hasil kajian, didapati 29% masyarakat korea selatan membenci Jepun (anti-Japanese sentiment) atas alasan yang tidak diketahui. Wanita Korea juga terlalu berlebih-lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kekal cantik. Maka, tidak hairanlah ramai artis mereka yang melakukan pembedahan plastik (plastic surgery). Mereka juga lebih materialistik.

Biasanya wanita korea ketika makan mereka akan makan dengan mulut terbuka dan mengeluarkan suara, ini tentu saja sangat tidak sopan dan kasar di mata orang Jepun.

Monday 27 May 2013

Syarifah Sofea Manis Bertudung Kini Mengandung!

Sharifah Sofia laa,dia mengandung ke?woww.. :D

Gambar Ajai dan Kekasih Barunya

Intan Sarafina Cute dan Gebu Semasa Mengandung

yaaww !! comel kan orang2 mengandung nie,putih gebu kulitnye..Nak tahu? kalau dari sudut kesihatan,kenapa kulit dia putih gebu? 

GAMBAR CICIT RASULLULAH YANG COMEL

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?
Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Masyaallah...