Tuesday 28 May 2013

Terkini : Shah Jazle Dakwa Diperangkap Khalwat

Hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, pelakon Shahrizal Jaszle (Shahz Jaszle) , 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap kepada dirinya. 

Dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan serbuan. “Saya tak boleh komen panjang mengenai isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian tersebut. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti,” tegasnya lagi. Beritahunya lagi, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi yang sebenar apa yang telah terjadi.

Pelakon drama Cinta Qaseh ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat sebarang keputusan. Begitu juga dengan tunangnya yang cukup memahami dan tidak melatah setelah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut. 

“Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan daripada saya. Tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka” katanta lagi. “Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya,” ujar Shahz Jaszle yang turut berkata kejadian itu merupakan satu pengajaran besar dan dia akan lebih berhati-hati selepas kejadian tersebut. Sungguh tidak disangka, ada juga manusia yang begitu kejam dan sanggup melakukan perangkap tersebut. Namun tiadak diketahui lagi kesahihan berita ini. 

Terkini : Nealofa Dakwa Dipelawa Untuk Bersekududukan Dengan Tan Sri XXXXX

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri. Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang.

Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit. Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya. Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.

Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak. Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya.

Cara Mengenali Cikaro Korea dan Jepun

Memang sukar nak membuat pilihan antara kedua-duanya, sebab kalau kecantikan yang dijadikan ukuran; kedua-duanya sangat cantik dan sedap mata memandang. Ramai yang mengidamkan untuk memiliki kekasih ibarat Masami Nagasawa, Toda Erika, Kyoko Fukada, Maki Horikita, Ayase Haruka, Goo Hye Sun, Go Younha, Choi Ji Woo, Kim Hye Sun, Song Hye Gyo dan ramai lagi.

WANITA JEPUN
Wanita Jepun secara umumnya memiliki keperibadian yang sopan-santun, lemah-lembut, menarik dan lebih menghormati pandangan orang lain. Bagi mereka perkataan ‘Tidak’ sangat janggal serta ketika menolak sesuatu pelawaan dengan “eemmm… Dari pengertian orang-orang lama, itu merupakan tanda penolakan yang cukup sopan dan kita semua harus mengerti maksud mereka.

Mereka juga sangat mudah bersifat ramah dengan sesiapa pun hatta mereka tidak mengenali anda sebelumnya. Dari segi kecantikan, biasanya wanita Jepun disebut cantik jika memiliki kulit putih bersih serta sihat, tidak ada tanda hitam di wajah, dan berambut lurus. Mereka juga sangat berdisiplin dari aspek menjaga wajah agar tetap cantik.

Dari segi perhubungan, mereka tidak terlalu memilih-milih pasangan seperti kebanyakan wanita Korea. Majoriti yang sudah berkahwin lebih cenderung memfokuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
WANITA KOREA
Wanita Korea secara umumnya cerdas, kelakar, dan berdikari tetapi hasil dari tinjauan Yahoo Answer dan forum-forum yang lainnya, ramai yang berpendapat mereka ini galak, kasar, memilih-milih teman, mereka juga tidak mudah rapat dengan orang lain kecuali dengan orang-orang Korea sendiri. mereka lebih Racist terhadap orang-orang luar.

Dari hasil kajian, didapati 29% masyarakat korea selatan membenci Jepun (anti-Japanese sentiment) atas alasan yang tidak diketahui. Wanita Korea juga terlalu berlebih-lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kekal cantik. Maka, tidak hairanlah ramai artis mereka yang melakukan pembedahan plastik (plastic surgery). Mereka juga lebih materialistik.

Biasanya wanita korea ketika makan mereka akan makan dengan mulut terbuka dan mengeluarkan suara, ini tentu saja sangat tidak sopan dan kasar di mata orang Jepun.

Monday 27 May 2013

Syarifah Sofea Manis Bertudung Kini Mengandung!

Sharifah Sofia laa,dia mengandung ke?woww.. :D

Gambar Ajai dan Kekasih Barunya

Intan Sarafina Cute dan Gebu Semasa Mengandung

yaaww !! comel kan orang2 mengandung nie,putih gebu kulitnye..Nak tahu? kalau dari sudut kesihatan,kenapa kulit dia putih gebu? 

GAMBAR CICIT RASULLULAH YANG COMEL

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?
Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Masyaallah...

Budak Dua Tahun Parah Gunting Tertusuk di Kepala

Kerana perbalahan ibubapa, nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam bahaya apabila dia terpaksa bertarung nyawa lebih lima jam setelah sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, ibu kanak-kanak perempuan itu dipercayai cuba menyerang bapanya menggunakan gunting, namun cubaannya tersasar, sebaliknya gunting tersebut mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Sebelum kejadian itu, pasangan berusia 30-an itu dipercayai telah bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.


sumber...kezoom

Video : Apabila Abang2 Askar Dah Bosan


sekadar perkongsian,mungkin abang2 ni dah bosan sangat,apa - apa pun harap terhibur dengan video ini

Ngeri! Ayahanda Gombak Ditetak Bertubi-Tubi

Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq

Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL. 

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa 

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207 

Kerja : Berniaga handphone.

Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).

Gambar Fasha Mandikan Anaknya Dikritik


Sekiranya sebelum ini peminat memberi pelbagai respon negatif terhadap cara pelakon jelita, Fasha Sandha berpantang, terbaru pelakon tersebut turut dikritik gara-gara memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia sedang memandikan putera kesayangannya dalam keadaan bersila.
Menerusi laman Facebook rasmi pelakon tersebut, terdapat segelintir peminat menyarankan agar Fasha memandikan anaknya dalam keadaan berdiri dan meletakkan tab mandi di paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
1
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang masih menyokong tindakan pelakon tersebut dan menyifatkan Fasha sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab kerana berani memandikan cahaya matanya sendiri dalam usia yang masih kecil.
3
 Apa pun, kami di OHBULAN! sangat kagum dengan cara Fasha menjaga anak sulungnya ini. Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh pelakon tersebut, kita boleh lihat Fasha sememangnya seorang ibu yang penyayang dan mampu menguruskan anaknya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa.
Sumber: Ohbulan

Sunday 26 May 2013

Nazim Othman berposing dengan Fazura

KPop: Jihyun 4Minute Terus Menari Walaupun Baju Dalam Tertanggal?

Malang dan memalukan. Itu Insiden yang dialami ketua kumpulan 4Minute, Jihyun apabila baju dalamnya tiba-tiba tertanggal disaat mereka sekumpulan sedang rancak membuat persembahan di program Music Bank, minggu lalu.
Ketika kejadian, dia bersama empat anggota lain sedang ligat menari di atas pentas mempersembahkan lagu What’s Your Name. Entah bagaimana, tiba-tiba branya (baju dalam) yang berwarna hitam, tertanggal.
Music-Bank-2013-Bra-Jihyun-4minute
Namun, Jihyun tetap profesional. Dia tetap meneruskan tarian dengan penuh bertenaga seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Melihat aksinya itu, para peminat terus memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut berpesan,”Kamu harus lebih hati-hati pada penampilan di masa akan datang. Jihyun, hwaiting!”


 VIDEO

Top Ranking Janda-janda Terkaya di Malaysia dan Dunia

Saya sendiri payah nak memahami wanita dalam hal ini? apa yang diorang nak? Masa dia mula-mula nak kahwin dulu.. apa dalam kepala dia? Kaya? Kemewahan? Keseronokan?.. entahlah!! Mungkin jodoh dah takat tu.

Suami mereka kaya-raya.. alih2alih mintak cerai. Yang terbaru Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail (53) memfailkan permohonan untuk bercerai setelah berkahwin di Perlis sejak 2006 yang lalu. Rozali yang diam membisu apabila kontreversi beliau yang dibayar gaji RM 425,000 sebulan. (5.1 juta sebulan). Itu belum dikira lagi lain-lain pendapatan.
tan sri Rozali bersama isteri pertama beliau, Pn sri Faridah
Antara janda-janda kaya didunia…. Kalau berani masuk… silakan..
1.Rupert dan Anna Murdoch
Perceraian termahal di dunia. Mereka berkahwin selama 32 tahun dan 1999.pampasan perceraian yang diterima oleh Anna Murdoch setelah bercerai dengan Rupert Murdoch secara keseluruhan berjumlah Usd 1,7 Billion.

2.Bernie dan Slavica Ecclestone
2009 perceraian jutawan F1 Bernie Ecclestone dan istrinya berjumlah $1 Billion.dengan pampasan tersebut,Slavica membeli Times London dan juga Jet peribadi berharga Usd$ 60j.

3.Adnan dan Soraya Khashoggi
Perceraian jutawan yang berasal dari Arab Saudi, Adnan dan Soraya Khashoggi berjumlah Usd 874j.

4.Roman dan Irina Abrahamovich
Ketika Bercerai dengan Roman, Irina mendapat kurang 2% dari harta suaminya berjumlah Usd 300j.

5.Greg Norman dan Laura Andrassy
Setelah menikah selama 25 tahun,pemain golf australia,Greg Norman berpisah dengan istrinya Laura Andrassy.Laura menerima pampasan USD103j.
6.Steven Spielberg dan Amy Irving dengan pampas an (USD100J)
7.Sumner dan Phyllis RedstonePhyllis Redstone mendapat pampasan berjumlah USD100 Million.

8. Elin Nordegren menuntut Usd 600j juta (RM2 bilion) sebagai pampas an pencerainnya dengan bintang Golf dunia Tiger Woods dan dijangka memperolehi tidak kurang Usd 100j.
9. Yang terbaru perceraian artis dan model terkenal Liz Hurley dengan suaminya Arun Nayer seorang billionair. Berapa agaknya pampasan yang diperolehi?

Di barat kekadang seolah-olah menjadi trend. Mencari pampasan disebalik perceraian yang mencecah berjuta-juta. Bagaimana dengan janda kaya di Malaysia. Mereka menjanda kerana bercerai mati tetapi ada juga yang diceraikan dan menuntut cerai. Kaya juga... Hah kalau berani masuk le meminang ….

1. Lee Kim Hua Usd 2.5 billion, umur 80, janda mendian Tan Sri Lim Goh Tong Pengerusi Genting. Mempunyai 6 orang anak.2. Janda Tan Sri Dr TK Wen Chong Chook Yew memiliki Selangor Properties Bhd. Dianggarkan kekayaannya mencecah Usd 200 j, tetapi telah berusia 87, dan mempunyai 4 orang anak. (Maaf takde gambar. sila cari sendiri kalau berminat tetapi tengok-tengoklah umur tu)
3. Azrina Mazhar Hakim, janda Sultan Brunei. Bekas wartawan TV3 Malaysia. Sebelumnya Mazuin Hamzah juga bercerao dari kerabat istana Brunei iaitu adinda Sultan Pengiran Sufri. Entahlah berapa pampas an yang diperolehi..
Isteri arwah SM Nasimudin

4. Janda SM Nasimuddin yang Harta Naza dianggarkan Rm 4 Biliion ringgit. Kini masih lagi dalam tuntutan pula dari Isteri kedua pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan lima anak mereka, yang telah memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England. Ia difailkan oleh Rokiah Abdullah, 53, bersama anak-anak.

5. Janda Daim’s yang kini tinggal di London. Daim yang diam-diam sebagai bekas Menteri Kewangan dizaman Dr Mahathir mempunyai kekayaan antara Usd 10 ke 20 billion. Sudah pasti perceraian beliau memberi pampasan yang banyak untuk janda beliau. Yang kena pi cari kat london le. Rumah Daim kat London tu penulis tengok dah sekali... fuhhh!!! jangan cakap le..

6. Bekas isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Effendi Norwawi, Zariah Hashim @ Farida Effendi (55) akhirnya berjaya mendapat harta yang dituntut berjumlah kira-kira RM50 juta apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah. Effendi, 58 telah mengahwini artis terkenal Tiara.

7.Janda Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham pada 3 Julai lalu 43( 2005) mendapat bayaran tuntutan mutaah lebih RM1 juta.Tengku Zawyah menuntut satu unit banglo, satu unit kondo, dua unit rumah Semi D, dua lot tanah di Selangor dan satu unit ruang pejabat di Mid Valley serta tuntutan mutaah RM500,000. Semua tuntutan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. Sekarang ni datuk K sudah bersama dengan penyanyi Datuk Siti.

8. bagaimana dengan Permaisuri A'isyah yang konterversi baru-baru ini?
Hah! Mana satu yang anda berkenan. Silalah. Segala permasalahan yang timbul harap tanggung sendiri. Ada berani? tetapi kalau poket alang-alang... baik fikir seribu kali... kalau bercerai hang nak bayar pakai apa???
Tapi kalau dah jodoh.. sapa tahu. Tapi Rasulullah menyebut sebaik-baik perhiasan diatas dunia ini adalah isteri yang solehah.

Menangis Air Mata Darah

“Kalau kau menangis keluar air mata darah sekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalam drama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.

Seorang kanak-kanak yang berasal dari Kabupaten Majalengka ‘indonesia' ini menderita sejenis penyakit yang aneh sejak kecil. Cila selalu mengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.

Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,

“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.

Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.

“Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.

Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.

“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia.

Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,
“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.

Sumber : Bucuk.org

Lunyai Dipukul...akibat nak rogol budak 10 tahun

KOTA DAMANSARA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa nafsu buas seorang lelaki yang sebaya dengan bapanya dalam satu kejadian cubaan merogol di flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Seksyen 8, di sini semalam. Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki lingkungan 40an memperdaya kanak-kanak terbabit keluar dari lif sebelum memasuki rumah kosong di tingkat sembilan disedari dua penduduk yang kebetulan melalui tingkat tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, lelaki durjana berkenaan memaksa kanak-kanak malang itu membuka pakaian bagi melampiaskan nafsu binatangnya. Bagaimanapun suara tangisannya berjaya menyelamatkan dia daripada diperkosa manusia bertopengkan syaitan. Ketika kejadian mangsa lengkap berpakaian sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di tingkat 17 lalu disapa lelaki berkenaan di tingkat sembilan. Menurut sumber, suspek yang mempunyai isteri membawa mangsa ke rumah kosong yang dipenuhi longgokan sampah bagi mengelak disedari orang ramai.

”Bagaimanapun tindakan jahatnya itu disedari penduduk dan melaporkan kepada orang ramai. ”Menyedari perbuatannya diketahui penduduk, suspek cubamenyelamatkan diri dengan bersembunyi di rumahnya di tingkat lapan serta sempat mencukur janggut dan misai dengan harapan tidak dapat dikesan penghuni,” katanya. Tambah seorang penduduk dikenali Irwandi Zulkifli Rosli memberitahu, setelah rumah suspek dikenal pasti, penduduk bertindak memanggil suspek keluar. ”Pada mulanya dia tidak mengaku perbuatannya itu, bagaimanapun perkara tersebut terbongkar apabila kanak-kanak dapat mengecamnya.

“Sedikit kekecohan berlaku antara penduduk dengannya setelah dia cuba melarikan diri tetapi penduduk dapat menggagalkan tindakannya itu,” jelasnya.

Akibat daripada perasaan marah penduduk yang membuak-buak kepada suspek yang melakukan perbuatan itu, dia mendapat sedikit kecederaan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB). Semasa kejadian, suspek yang baru pulang daripada kerja sebagai tukang kebun di kawasan berhampiran dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Sumber : media-siber.blogspot.com

Diana Nasir Bukan Penyebab Fizo Omar Putus Cinta

Kakak kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir iaitu Diana mengakui memang berkawan rapat dengan Fizo Omar. Namun wanita ini menafikan sekeras-kerasnya desas-desus mengatakan dia lah yang menjadi penyebab pelakon kacak itu putus cinta baru-baru ini.

Biarpun dalam laporan media menyebut, Fizo menjelaskan punca perpisahan antara dia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Haas itu kerana tiada keserasian antara mereka. Namun masih ada pihak yang mendakwa Diana adalah orang ketiga dalam hubungan Fizo dan Haas, memandangkan Diana pernah digosipkan dengan Fizo sikit masa dulu.
“Saya orang ketiga? Tidak lah! Kejamnya soalan awak ni… “, kata Diana sambil tersenyum ketika wakil media memintanya mengulas mengenai dakwaan tersebut. Diana yang juga merupakan pemilik bersamaHermanas (berkongsi dengan Anzalna dan adik beradiknya yang lain) ditemui di boothnya, di Femes Baazar sempena Festival Hari Belia 2013, di Putrajaya semalam.

“Saya tak mahu komen panjang benda ni, nanti orang akan lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang kawan rapat sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay. Tak benar! Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma kadang-kadang ada lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whats app dia. Saya pun tak mahu lah kacau dia sebab dia dah ada kekasih.

“Tapi bila keluar berita dia berpisah, saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata Diana Nasir orang ketiga lah… dan sebagainya. Padahal saya bukan orang ketiga, okay. Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat… saya terima dan biarkan saja lah. Mulut orang kan… lantak lah”, ujarnya yang turut memberitahu cukup selesa berkawan dengan Fizo.